Monday, August 22, 2011

Graf Bar Mudah

Graf bar mudah adalah asas bagi semua graf bar...sangat mudah dan pelajar pasti akan menyebut, "alaaa...kacang je ni". Haaa...tu dia. Tapi kalau nak lagi senang, ada 1 tip yang sangat mujarab. Tipnya, "buat banyak latihan"...hehe, mesti boleh punye!

Pelajar sekalian,
kalau nak sesuatu perkara menjadi mudah, kita perlu berusaha dengan gigih...tanpa usaha, gagallah kita. Bila dah gagal...mesti frust kan? Tapi jangan risau, selagi ada usaha...kita pasti akan sentiasa berada di zon selesa.

Okey,
Sebelum nak buat graf bar, kita perlu faham kehendak soalan dan menentukan media bagi soalan tersebut. Untuk mempermudahkan pelajar semua, ikut langkah-langkah berikut:

     Langkah 1:

  1. Fahami kehendak soalan dan tentukan media yang sesuai.
  2. Buat tajuk bagi graf tersebut.
    • Tajuk hendaklah terdiri daripada 3 perkara iaitu:
      • Tempat
      • Perkara (pembolehubah)
      • Tahun
     Langkah 2:
  1. Baca petikan sambil mengutip data/maklumat (jimatkan masa)
    • Ambil kira "unit" yang digunakan
  2. Masukkan dapatan data/ maklumat tersebut kedalam jadual.
    • Jadual yang lengkap merangkumi,
      • Tajuk
      • Data yang lengkap, dan
      • Sumber
     Langkah 3:
  1. Cari skala untuk menentukan ketinggian bar berlandaskan paksi-y
    • Biasanya paksi-y berukuran 16cm tapi ada juga kertas graf yang hanya boleh muat 14cm. Biasakan diri buat paksi-y 16cm.
    • Jadi, untuk mencari skala, jumlah tertinggi bagi data yang diperoleh tadi hendaklah dibahagikan dengan 14/16 (ketinggian paksi-y)
    • Setelah dibahagikan, nilai terbaru tersebut boleh dibundarkan kepada nombor yang lebih mudah (nombor bulat). Tetapi, nombor yang dibundarkan mestilah lebih besar daripada nombor tersebut.
    • Skala: 1 cm = ?  (unit)
     Langkah 4:
  1. Lukis graf
  2. Lengkapkan graf 
    • Graf hanya lengkap jika mempunyai:
      • Tajuk graf (ada 3 perkara)
      • Nama dan unit bagi paksi-y
      • Nama paksi-x
      • Skala pada paksi-y
      • Petunjuk
      • Nilai skala dan unit
      • Sumber
      • Nilai "0"

~Selamat Maju Jaya~

SMKAMAR @ SEMEKAR

Bila bercakap tentang sekolah,
teringat pula x-school yang sangat dirindui..
gambar-gambar ini la pengubatnya...

Lencana sekolah

Semekar SMKAMAR

Dewan SMKAMAR

Pemandangan yang indah dari kantin sekolah

Bergambar bersama mentari dari ufuk timur ditemani kabus yang memutih..chewahh!

Masjid SMKAMAR

Suasana di pagi hari..
Walaupun mentari sudah memunculkan diri tapi embun tetap enggan berganjak pergi.


Subahannallah...

Sunday, August 21, 2011

6 Rendah Gemilang

Minggu ini adalah minggu terakhir saya bersama dengan pelajar tingkatan 6 Rendah SMKPBG...sedih hendak berpisah dengan mereka semua tapi, apakan daya...Sekolah kata pergi..kampung kata mari. Lagi-lagi Hari Raya akan menjelang tiba beberapa hari lagi.

Sebenarnya, perasaan sedih meninggalkan pelajar dan sekolah SMKPBG lebih terasa berbanding dengan perasaan gembira menyambut Hari Raya. Hmm...tidak ada apa yang dapat saya berikan kepada pelajar-pelajar semua kecuali ilmu yang bermanfaat. Saya harap ilmu yang diperoleh itu dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin..


Hari yang indah tanpa awan nan mendung,
ceria bersama segaris senyuman yang girang,
namun, sampailah sudah di penghujung, 
bersama pelajar 6 Rendah Gemilang,
yang akan sentiasa dikenang,
dalam doa yang dipinta pada yang Maha Agung.

Pelajar yang dikasihi,
hanya pesanan yang mampu diberi,
sematkanlah di dalam hati,
agar menjadi pedoman di kemudian hari,
dan, sambil beramah mesra buat yang terakhir kali,
harap nanti tiada dilupai.

Pelajar semua,
ampunilah salah silap cikgu selama kita bersama,
harap silaturrahim yang dibina tidak terputus begitu saja,
jika ada jodoh, takkan ke mana jua,
rajin-rajinlah bertegur sapa,
insyaallah, cikgu tak akan lupa... 

...to be continue...

Berbuka puasa bersama pelajar 6RG

Gembiranya dapat berbuka puasa bersama pelajar. Sambil menunggu azan berkumandang, sempat lagi berposing ala-ala sempoi gitu..hehehe. Bukan selalu dapat kesempatan macam ni..ye la, jadi guru pelatih pun bukannya ada peluang kedua, lain la kalau... ehem..ehem... alamak, sakit la pula tekak ni..na'uzubillah.

Insyaallah, mudah-mudahan result praktikum yang pertama dan yang terakhir ini cemerlang hendaknya..insyaallah..


Alhamdulillah, walaupun pelajar lain tidak dapat hadir kerana masing-masing menghadapi masalah, namun semua makanan yang di'order' dapat dihabiskan dengan jayanye...maklumlah lauk pauk yang dipesan semuanya special, jadi tak heran la kalau ada yang menambah nasi 3 kali..kan..kan..(sape ye?). Yang penting, tiada pembaziran...haaa..tu yang seriously paling penting...

Moral of the story...elakkan pembaziran...hahaha

Apa pun, saya sangat terharu atas jemputan berbuka puasa yang dirancang oleh pelajar-pelajar 6RG. Actually, i'am speechless...you all the best...thank you so much. Muchas gracias estudiantes..Te amo..

...to be continue...

Tup..tup..tup, praktikum dah nak tamat!

Assalammualaikum..
Sedar tak sedar, dah 3 bulan blog ni terdampar tanpa entri...sayang tiada kesudahan. Niat hati memang nak jadikan blog ni sebagai medium pengisian tentang apa jua peristiwa yang berlaku ketika sedang berpraktikum. Malangnya, kesibukan yang tiada tara membantutkan niat di hati..chewahh..Takpe la, lepas berpraktikum, kalau tiada halangan, boleh la meluangkan masa melayan blog ni dengan penuh kekhusyukan..

Hmm...selama 4 bulan berpraktikum, banyak sangat peristiwa yang berlaku. Adakalanya membuatkan saya tersenyum sendirian dan adakalanya terasa seperti bara yang tersimpan di relung hati..sakit tuu, hahaha. Apa pun, berkat kesabaran jiwa dan raga, alhamdulillah..sampai juga saya di penghujung praktikum dengan jaya dan gaya yang tersendiri..hehehe.

Tempat baru, suasana baru, dan bahasa baru membuatkan saya menjadi seorang yang kekok. Serba serbi tak kena dan terpaksa bertungkus lumus untuk menyesuaikan diri dengan semua yang BARU. Hampir 2 bulan saya jadi pening @ blur kat sini. Tapi, mujurlah masalah tu dapat disembunyikan,hihi.

Bersama Guru Pembimbing yang sentiasa ceria dan sangat dedikasi.
Setelah melalui minggu-minggu yang mendebarkan, semakin lama semakin sayang pula saya dengan sekolah SMKPBG. Mungkin dah serasi kot dengan persekitaran kat sini..dah selalu kena train mesti la semakin terer kan!!

...to be continue...

Wednesday, June 15, 2011

Asas Membina Jadual Graf

Nota ini adalah khusus untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah

Langkah 1

1. Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
2. Perkara pertama yang perlu dilakukan pelajar sebelum membina jadual ataupun melukis graf ialah membuat tajuk graf. Berdasarkan soalan graf, pelajar hendaklah mengenalpasti tiga perkara iaitu:-
a. Tempat
b. Isu
c. Tahun

Ketiga-tiga perkara ini mesti ada untuk membuat tajuk graf.

Contoh Soalan
Berdasarkan petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai sektor di Malaysia pada tahun 2005 hingga tahun 2008.

Berdasarkkan soalan tersebut, pelajar akan dapati:-
a. Tempat : Malaysia
b. Isu : kadar pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai sektor
c. Tempoh : pada tahun 2005 hingga tahun 2008

Kemudian, pelajar hendaklah menggabungkan ketiga-tiga perkara tersebut. Tajuk adalah betul jika mengikut susunan tempat, isu dan tempoh. Tajuk yang betul dan lengkap adalah seperti berikut.

Malaysia: Kadar Pertumbuhan Ekonomi dalam Pelbagai Sektor pada Tahun 2005 hingga Tahun 2008

Tips:
1. Tajuk hendaklah ditulis di bahagian atas kertas graf.
2. Tajuk hendaklah ditulis dalam bentuk title case iaitu huruf pertama adalah huruf besar kecuali kata sendi nama. (contoh: di, ke, dalam, kepada, bagi, hingga, oleh, terhadap, antara, untuk).
3. Tajuk hendaklah ditulis dengan menggunakan pen dan digariskan.

Langkah 2

1. Baca petikan sambil memungut maklumat berdasarkan kehendak soalan.
2. Bina rangka jadual berdasarkan soalan.

Pelajar hendaklah mengenalpasti pemboleh ubah yang terdapat di dalam "isu". Contohnya, berdasarkan isu, pemboleh ubah yang dikenal pasti ialah "pelbagai sektor". Maka, sektor-sektor yang terdapat di dalam petikan hendaklah dimasukkan ke dalam rangka jadual berserta maklumat yang diberi pada tahun yang dinyatakan.

Contoh jadual:

Bil. 

Sektor
Tahun (unit)
2008
2009
1.



2.



3.



4.



5.




Langkah 3

1. Lengkapkan jadual. Jadual adalah lengkap jika semua perkara berikut ada, iaitu:
a. Tajuk
b. Jadual (maklumat pemboleh ubah dan tahun mestilah lengkap)
c. Unit
d. Sumber

Jika lukisan graf adalah salah tetapi jadual lengkap, maka jadual akan diberi markah 3/15. 3 markah tersebut diperoleh daripada tajuk (1/2 markah), maklumat langkap (2 markah), dan sumber (1/2 markah). Markah keseluruhan lukisan graf ialah 15 markah.

Sekian, terima kasih.

Saturday, June 11, 2011

Selamat kembali ke sekolah


Esok, sesi persekolahan akan bermula dan sesi P & P akan berjalan seperti biasa. Bagi Guru Pelatih seperti saya, banyak perkara yang perlu difikirkan dan wajib mempersiapkan diri dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek. Hendak mengajar pelajar Pra-U bukannya mudah. Guru kena merancang dan membuat ulangkaji dahulu sebelum mengajar. Tambah-tambah lagi kena mengajar mata pelajaran Pengajian Am 1 dan 2. Sangat mencabar.

Guru tidak perlu bimbang dari segi kawalan kelas apabila mengajar pelajar Pra-U, perkara ini mungkin bonus bagi guru sebab pelajar Pra-U biasanya sudah matang dan sifat malu juga terserlah. Jika berperlakuan seperti budak-budak, bukan Pra-U namanya tu..tak matang kata rakan-rakan lain. Tak ke malu namanya tu.

Cikgu mungkin berada dalam keadaan selesa dari segi emosi, jasmani dan rohani. Tapi macamana pula halnya dengan intelek?? silap hari bulan, entah-entah ajaran sesat yang diajarkan kepada pelajar.

Apa pun, saya berharap agar dapat menjadi guru yang mampu menyumbang jasa dan sentiasa melakukan yang terbaik dalam mendidik anak-anak murid supaya menjadi orang yang bermakna kepada masyarakat dan negara. Sekian...

Sunday, May 8, 2011

Minggu 1 (09 Mei 2011 -13 Mei 2011)

Pada hari pertama iaitu hari isnin, guru pelatih datang ke sekolah mengikut waktu persekolahan harian untuk melapor diri sebagai guru praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang (SMKPBG), Parit Buntar.

Sebagai pendatang baru di sekolah ini, guru pelatih dikehendaki berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah termasuklah Pengetua Sekolah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan 1 dan Guru Penyelaras Praktikum.

Sepanjang hari persekolahan, guru pelatih terlibat dengan sesi taklimat mengenai perihal sekolah yang disampaikan oleh Guru Penyelaras Praktikum, disusuli dengan taklimat bersama Guru Penolong kanan HEM dan juga Pengetua Sekolah. Guru Pelatih juga berpeluang berkenal-kenalan dengan guru-guru di  SMKPBG.

Pada hari yang sama, peperiksaan penggal pertama sekolah baru bermula. Peperiksaan penggal pertama SMKPBG ini berlangsung selama tiga minggu iaitu bermula pada hari Isnin, 9 Mei 2011 sehingga 27 Mei 2011.

Oleh kerana guru-guru SMKPBG sangat sibuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan peperiksaan sekolah, maka jadual waktu mengajar bagi guru pelatih tidak dapat disediakan. Oleh itu, guru pelatih hanya ditugaskan untuk menjaga kelas-kelas peperiksaan sepanjang peperiksaan berlangsung.



Sukatan Pelajaran Pengajian Am

Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM