Monday, August 22, 2011

Graf Bar Mudah

Graf bar mudah adalah asas bagi semua graf bar...sangat mudah dan pelajar pasti akan menyebut, "alaaa...kacang je ni". Haaa...tu dia. Tapi kalau nak lagi senang, ada 1 tip yang sangat mujarab. Tipnya, "buat banyak latihan"...hehe, mesti boleh punye!

Pelajar sekalian,
kalau nak sesuatu perkara menjadi mudah, kita perlu berusaha dengan gigih...tanpa usaha, gagallah kita. Bila dah gagal...mesti frust kan? Tapi jangan risau, selagi ada usaha...kita pasti akan sentiasa berada di zon selesa.

Okey,
Sebelum nak buat graf bar, kita perlu faham kehendak soalan dan menentukan media bagi soalan tersebut. Untuk mempermudahkan pelajar semua, ikut langkah-langkah berikut:

     Langkah 1:

  1. Fahami kehendak soalan dan tentukan media yang sesuai.
  2. Buat tajuk bagi graf tersebut.
    • Tajuk hendaklah terdiri daripada 3 perkara iaitu:
      • Tempat
      • Perkara (pembolehubah)
      • Tahun
     Langkah 2:
  1. Baca petikan sambil mengutip data/maklumat (jimatkan masa)
    • Ambil kira "unit" yang digunakan
  2. Masukkan dapatan data/ maklumat tersebut kedalam jadual.
    • Jadual yang lengkap merangkumi,
      • Tajuk
      • Data yang lengkap, dan
      • Sumber
     Langkah 3:
  1. Cari skala untuk menentukan ketinggian bar berlandaskan paksi-y
    • Biasanya paksi-y berukuran 16cm tapi ada juga kertas graf yang hanya boleh muat 14cm. Biasakan diri buat paksi-y 16cm.
    • Jadi, untuk mencari skala, jumlah tertinggi bagi data yang diperoleh tadi hendaklah dibahagikan dengan 14/16 (ketinggian paksi-y)
    • Setelah dibahagikan, nilai terbaru tersebut boleh dibundarkan kepada nombor yang lebih mudah (nombor bulat). Tetapi, nombor yang dibundarkan mestilah lebih besar daripada nombor tersebut.
    • Skala: 1 cm = ?  (unit)
     Langkah 4:
  1. Lukis graf
  2. Lengkapkan graf 
    • Graf hanya lengkap jika mempunyai:
      • Tajuk graf (ada 3 perkara)
      • Nama dan unit bagi paksi-y
      • Nama paksi-x
      • Skala pada paksi-y
      • Petunjuk
      • Nilai skala dan unit
      • Sumber
      • Nilai "0"

~Selamat Maju Jaya~

No comments:

Post a Comment

Sukatan Pelajaran Pengajian Am

Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM