Sunday, May 8, 2011

Minggu 1 (09 Mei 2011 -13 Mei 2011)

Pada hari pertama iaitu hari isnin, guru pelatih datang ke sekolah mengikut waktu persekolahan harian untuk melapor diri sebagai guru praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang (SMKPBG), Parit Buntar.

Sebagai pendatang baru di sekolah ini, guru pelatih dikehendaki berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah termasuklah Pengetua Sekolah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan 1 dan Guru Penyelaras Praktikum.

Sepanjang hari persekolahan, guru pelatih terlibat dengan sesi taklimat mengenai perihal sekolah yang disampaikan oleh Guru Penyelaras Praktikum, disusuli dengan taklimat bersama Guru Penolong kanan HEM dan juga Pengetua Sekolah. Guru Pelatih juga berpeluang berkenal-kenalan dengan guru-guru di  SMKPBG.

Pada hari yang sama, peperiksaan penggal pertama sekolah baru bermula. Peperiksaan penggal pertama SMKPBG ini berlangsung selama tiga minggu iaitu bermula pada hari Isnin, 9 Mei 2011 sehingga 27 Mei 2011.

Oleh kerana guru-guru SMKPBG sangat sibuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan peperiksaan sekolah, maka jadual waktu mengajar bagi guru pelatih tidak dapat disediakan. Oleh itu, guru pelatih hanya ditugaskan untuk menjaga kelas-kelas peperiksaan sepanjang peperiksaan berlangsung.



Sukatan Pelajaran Pengajian Am

Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM