Wednesday, June 15, 2011

Asas Membina Jadual Graf

Nota ini adalah khusus untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah

Langkah 1

1. Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
2. Perkara pertama yang perlu dilakukan pelajar sebelum membina jadual ataupun melukis graf ialah membuat tajuk graf. Berdasarkan soalan graf, pelajar hendaklah mengenalpasti tiga perkara iaitu:-
a. Tempat
b. Isu
c. Tahun

Ketiga-tiga perkara ini mesti ada untuk membuat tajuk graf.

Contoh Soalan
Berdasarkan petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai sektor di Malaysia pada tahun 2005 hingga tahun 2008.

Berdasarkkan soalan tersebut, pelajar akan dapati:-
a. Tempat : Malaysia
b. Isu : kadar pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai sektor
c. Tempoh : pada tahun 2005 hingga tahun 2008

Kemudian, pelajar hendaklah menggabungkan ketiga-tiga perkara tersebut. Tajuk adalah betul jika mengikut susunan tempat, isu dan tempoh. Tajuk yang betul dan lengkap adalah seperti berikut.

Malaysia: Kadar Pertumbuhan Ekonomi dalam Pelbagai Sektor pada Tahun 2005 hingga Tahun 2008

Tips:
1. Tajuk hendaklah ditulis di bahagian atas kertas graf.
2. Tajuk hendaklah ditulis dalam bentuk title case iaitu huruf pertama adalah huruf besar kecuali kata sendi nama. (contoh: di, ke, dalam, kepada, bagi, hingga, oleh, terhadap, antara, untuk).
3. Tajuk hendaklah ditulis dengan menggunakan pen dan digariskan.

Langkah 2

1. Baca petikan sambil memungut maklumat berdasarkan kehendak soalan.
2. Bina rangka jadual berdasarkan soalan.

Pelajar hendaklah mengenalpasti pemboleh ubah yang terdapat di dalam "isu". Contohnya, berdasarkan isu, pemboleh ubah yang dikenal pasti ialah "pelbagai sektor". Maka, sektor-sektor yang terdapat di dalam petikan hendaklah dimasukkan ke dalam rangka jadual berserta maklumat yang diberi pada tahun yang dinyatakan.

Contoh jadual:

Bil. 

Sektor
Tahun (unit)
2008
2009
1.



2.



3.



4.



5.




Langkah 3

1. Lengkapkan jadual. Jadual adalah lengkap jika semua perkara berikut ada, iaitu:
a. Tajuk
b. Jadual (maklumat pemboleh ubah dan tahun mestilah lengkap)
c. Unit
d. Sumber

Jika lukisan graf adalah salah tetapi jadual lengkap, maka jadual akan diberi markah 3/15. 3 markah tersebut diperoleh daripada tajuk (1/2 markah), maklumat langkap (2 markah), dan sumber (1/2 markah). Markah keseluruhan lukisan graf ialah 15 markah.

Sekian, terima kasih.

Saturday, June 11, 2011

Selamat kembali ke sekolah


Esok, sesi persekolahan akan bermula dan sesi P & P akan berjalan seperti biasa. Bagi Guru Pelatih seperti saya, banyak perkara yang perlu difikirkan dan wajib mempersiapkan diri dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek. Hendak mengajar pelajar Pra-U bukannya mudah. Guru kena merancang dan membuat ulangkaji dahulu sebelum mengajar. Tambah-tambah lagi kena mengajar mata pelajaran Pengajian Am 1 dan 2. Sangat mencabar.

Guru tidak perlu bimbang dari segi kawalan kelas apabila mengajar pelajar Pra-U, perkara ini mungkin bonus bagi guru sebab pelajar Pra-U biasanya sudah matang dan sifat malu juga terserlah. Jika berperlakuan seperti budak-budak, bukan Pra-U namanya tu..tak matang kata rakan-rakan lain. Tak ke malu namanya tu.

Cikgu mungkin berada dalam keadaan selesa dari segi emosi, jasmani dan rohani. Tapi macamana pula halnya dengan intelek?? silap hari bulan, entah-entah ajaran sesat yang diajarkan kepada pelajar.

Apa pun, saya berharap agar dapat menjadi guru yang mampu menyumbang jasa dan sentiasa melakukan yang terbaik dalam mendidik anak-anak murid supaya menjadi orang yang bermakna kepada masyarakat dan negara. Sekian...

Sukatan Pelajaran Pengajian Am

Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM