Wednesday, June 15, 2011

Asas Membina Jadual Graf

Nota ini adalah khusus untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah

Langkah 1

1. Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
2. Perkara pertama yang perlu dilakukan pelajar sebelum membina jadual ataupun melukis graf ialah membuat tajuk graf. Berdasarkan soalan graf, pelajar hendaklah mengenalpasti tiga perkara iaitu:-
a. Tempat
b. Isu
c. Tahun

Ketiga-tiga perkara ini mesti ada untuk membuat tajuk graf.

Contoh Soalan
Berdasarkan petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai sektor di Malaysia pada tahun 2005 hingga tahun 2008.

Berdasarkkan soalan tersebut, pelajar akan dapati:-
a. Tempat : Malaysia
b. Isu : kadar pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai sektor
c. Tempoh : pada tahun 2005 hingga tahun 2008

Kemudian, pelajar hendaklah menggabungkan ketiga-tiga perkara tersebut. Tajuk adalah betul jika mengikut susunan tempat, isu dan tempoh. Tajuk yang betul dan lengkap adalah seperti berikut.

Malaysia: Kadar Pertumbuhan Ekonomi dalam Pelbagai Sektor pada Tahun 2005 hingga Tahun 2008

Tips:
1. Tajuk hendaklah ditulis di bahagian atas kertas graf.
2. Tajuk hendaklah ditulis dalam bentuk title case iaitu huruf pertama adalah huruf besar kecuali kata sendi nama. (contoh: di, ke, dalam, kepada, bagi, hingga, oleh, terhadap, antara, untuk).
3. Tajuk hendaklah ditulis dengan menggunakan pen dan digariskan.

Langkah 2

1. Baca petikan sambil memungut maklumat berdasarkan kehendak soalan.
2. Bina rangka jadual berdasarkan soalan.

Pelajar hendaklah mengenalpasti pemboleh ubah yang terdapat di dalam "isu". Contohnya, berdasarkan isu, pemboleh ubah yang dikenal pasti ialah "pelbagai sektor". Maka, sektor-sektor yang terdapat di dalam petikan hendaklah dimasukkan ke dalam rangka jadual berserta maklumat yang diberi pada tahun yang dinyatakan.

Contoh jadual:

Bil. 

Sektor
Tahun (unit)
2008
2009
1.



2.



3.



4.



5.




Langkah 3

1. Lengkapkan jadual. Jadual adalah lengkap jika semua perkara berikut ada, iaitu:
a. Tajuk
b. Jadual (maklumat pemboleh ubah dan tahun mestilah lengkap)
c. Unit
d. Sumber

Jika lukisan graf adalah salah tetapi jadual lengkap, maka jadual akan diberi markah 3/15. 3 markah tersebut diperoleh daripada tajuk (1/2 markah), maklumat langkap (2 markah), dan sumber (1/2 markah). Markah keseluruhan lukisan graf ialah 15 markah.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Sukatan Pelajaran Pengajian Am

Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM